Friday, March 21, 2008

Pasaran Cacing- Mana Arahnya?

Kita ternak cacing untuk apa sebenarnya ?...1. Untuk kompos 2. Untuk cacing (daging ), Kenapa kompos menjadi tujuan utama?....Sebenarnya kita telah di`silapmata`kan dengan sesuatu yang masih jauh (walaupun semakin dekat)...memang harga cacing agak lumayan, antara RM400-RM500 per kg jika dibandingkan dengan kompos yang cuma antara RM0.80 - RM4.50 per kg.

Tetapi kita harus ingat bahawa, penggunaan daging cacing untuk pengeluaran produk masih dalam peringkat R&D dan bekalan daging cacing masih jauh daripada mencukupi. Ada forumer yang mempertikaikan tentang info yang mengatakan cacing akan digunakan untuk pengeluaran produk dan seolah-olah menuduh otai-otai penternak cacing cuma menjaja cerita tersebut agar orang ramai berminat untuk menternak,..betul ke? Kalau betul..mana produknya?Apa syarikatnya ?

Saya sebenarnya faham akan kekhuatiran yang menyelubungi bakal-bakal penternak, ye lah...setelah berpenat-lelah menternak dan hasil ternakan dan memenuhi bangsal, kemana pulak nak dijual?..nak dimakan....rasanya belum lagi tergamak....cuma apa yang boleh saya katakan adalah `BANYAK-BANYAK LAH BERSABAR`.

Sebenarnya stok cacing di negara kita masih belum mencukupi dan masih jauh lagi untuk berlaku masalah lambakan stok. Ada syarikat yang telah membuat R&D dan akan mula menghasilkan produk, tapi adakah bekalan `raw material`(cacing) mencukupi? Takkan mereka nak keluarkan produk lepas tu terpaksa diberhentikan kerana tidak cukup
bekalan `raw material`, disinilah perlunya penternak cacing yang ramai agar bekalan stok sentiasa mencukupi.Kita mestilah merobohkan tembok yang memagari minda kita, agar kita boleh menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan produk-produk yang berasaskan cacing........

0 comments: