Bila ada masa terluang, saya gemar juga masuk ke ruangan forum brunei yang agak aktif akhir-akhir ini...Tahniah buat Usahawan Cacing Tanah yang memulakannya..tapi dimana dia sekarang?Pelbagai ragam pendapat yang boleh dibaca, walaupun ada juga yang agak nakal dengan memberikan soalan yang agak mengarut..namun ianya bolehlah dianggap sebagai rencah atau selingan perdebatan pendapat yang hangat.
Cuma hari ni saya tertarik untuk mengulas pendapat yang diutarakan oleh saudara/saudari(? )pikir-pikir berkaitan dengan isu lambakan cacing tanah. Untuk pengetahuan anda dan yang lain, Australia, Ireland, India, Indonesia, German dan beberapa negara lain telahpun menjalankan penternakan cacing ini lebih dahulu daripada negara kita. Ada antara negara-negara tersebut telahpun mengeluarkan produk kesihatan berasaskan ekstrak cacing...contoh terdekat Indonesia, kalau tidak silap saya ada 10 jenis produk antaranya `Vermint`.Ulasan tentang produk ini
Walaupun ada syarikat yang kononnya akan mengeluarkan produk berasaskan cacing ini di Malaysia, namun janganlah kita sebagai penternak terlalu nergantung kepada matlamat tersebut. Kita seharusnya melihat potensi cacing ini lebih kepada pengeluaran `VERMICOMPOST`, memang harganya agak murah sekiranya kita menjual kepada orang tengah tetapi saya rasa ianya berbaloi. contohnya untuk pengeluaran 1tan vermikompos sebulan, penternak akan memperolehi antara RM600-700.Kalau punyai kemampuan buatlah marketing sendiri untuk hasil pendapatan yang lebih lumayan.