Wednesday, July 30, 2008

Kursus Penternakan Cacing Kompos

Tarikh : 24hb Ogos 2008 – Ahad

Tempat : Hotel Sri Pelangi, Muar, Johor

Masa : 8.00pagi – 1.30petang

Bayaran : RM100 Sahaja

Bayaran boleh dibuat melalui : MAYBANK – 551258403290 atas nama BALQIS AGROTECH

Tempat adalah terhad kepada 200 orang sahaja

Berminat ?..Sila berhubung terus dengan :

1. En. Faizal – 012.942.093.1

Bahaya Minyak Lintah (Leech Oil)

Lintah mengandung "hirudin" iaitu enzim yang digunakan sebagai bahan pencair darah beku jika ada masalah darah beku didalam saluran darah. Minyak lintah BUKAN bahan yang mengadung enzim dan jika minyak lintah digunakan di oleskan ke penis dengan tujuan untuk perbesar penis jelas sekali cara tersebut SALAH KAPRAH , karena "hirudin" sebagai bahan untuk mencairkan darah beku dan BUKAN membesarkan jaringan sel penis.

Saat ini banyak krim & minyak mengandung lintah dijual melalui internet untuk tujuan membesarkan penis. Tidak pernah ada kajian hal tersebut dapat membesarkan ukuran penis jadi penggunaannya akan sia-sia saja!


Pedagang obat memanfaatkan MITOS untuk mengeruk keuntungan dengan berjualan minyak lintah karena ketidaktahuan banyak pria........selanjutnya sila klik disini

Tuesday, July 29, 2008

Kursus Penternakan Cacing Kompos

Tarikh : 17hb Ogos 2008 – Ahad

Tempat : Hotel Pelangi, Segamat, Johor

Masa : 8.00pagi – 1.30petang

Bayaran : RM100 Sahaja

Bayaran boleh dibuat melalui : MAYBANK – 551258403290 atas nama BALQIS AGROTECH

Tempat adalah terhad kepada 200 orang sahaja

Berminat ?..Sila berhubung terus dengan :

1. En. Raemi – 017.745.134.9
2. En. Arif – 012.707.881.1
3. En. Anuar – 012.720.503.1

Monday, July 28, 2008

Apa Hukumnya Menternak Cacing?

SUMBER: BERITA HARIAN (17/Julai/2008)

Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwa

NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

"Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.

"Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.
Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.
Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.
Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.
Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.
Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.
Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.
"Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi," katanya.