Tuesday, December 25, 2007

Menternak Cacing Tanah ?

Mungkin itulah pertanyaan awal yang akan kita dengar apabila memberitahu keluarga, saudara-mara,rakan ataupun jiran-jiran kita. Masyarakat kita secara umumnya masih belum terdedah dengan bidang penternakan ini.

Walaupun penternakan cacing tanah sebagai `kilang`pengeluaran baja kompos telah agak lama bermula dinegara kita tetapi penternakan untuk biomas (daging cacing) adalah sesuatu yang benar-benar baru.Contohnya - PakMan, seorang penternak cacing untuk kompos yang telah mengusahakan bidang ini sejak 6 tahun yang lalu dan kini beliau mula menjual cacing-cacingnya untuk dijadikan induk kepada penternak baru.

Untung ke ? Persoalan ini merupakan suatu perkara yang amat subjektif, ini kerana hasil penternakan ini banyak bergantung kepada cara penjagaan dan yang paling kritikal adalah daripada siapa kita mendapatkan ilmu. Menyentuh persoalan ke dua, saya teringat akan masalah yang dihadapi oleh rakan saya, seorang penternak cacing yang baru menceburi bidang ini kira-kira 4 bulan yang lalu.

Beliau memulakan penternakan dengan mengikut setiap spesifikasi dan panduan yang diberikan sebagai contoh, mesti menggunakan kolah yang berukuran 9X4X1, mesti menggunakan mikro sprinkler untuk kelembapan media, menggunakan najis lembu 100% (dikatakan teknik yang terbaik). Sebagai penternak yang masih `kosong` beliau menurut sahaja setiap nasihat yang diberikan.

Setelah hampir 3 bulan, mimpi ngeri beliau pun bermula, cacing yang diharapkan bertambah hilang entah kemana....Apabila membuat intipan pada waktu malam, beliau dapati cacing-cacing telah keluar secara beramai-ramai untuk ke `karaoke`...malam itu beliau berjaya menangkap semula kira-kira 1/2 kg...namun malam-malam sebelumnya ?