Monday, February 25, 2008

Nak Ternak Cacing ke Nak Buat Rumah ?



Hampir 90% yang datang ke tempat penternakan risaukan tentang bagaimana untuk menyediakan Rumah Cacing...Nak buat cara rak atau kolah, kos pembinaan, kos kelengkapan, kos itu dan kos ini...dan akhir sekali baru dia fikir tentang kos cacing. Sedangkan faktor utama adalah cacing....Itu sebabnya saya tanya " Nak Ternak Cacing ke Nak Buat Rumah ? "

Masyarakat kita sudah terlalu dimanjakan, tiada semangat `survivor`, kalau nak buat kena cantik-cantik...hasilnya fikir kemudian. Sebenarnya matlamat utama menternak cacing adalah untuk menghasilkan biomas (cacing) dan kompos, dalam apa bekaspun cacing boleh hidup asalkan menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.....Apa kriterianya ?...kalau nak tahu, rajin-rajinlah mencari ilmu kerana ilmu tidak datang menggolek kepada anda...Jangan Manja Sangat kerana kalau makan asyik bersuap , kita tak ubah seperti `Ayam Bodoh` atau `Lembu Feedlot`.

Satu lagi soalan cepumas - `Bila saya dah ternak, saya nak jual kat mana ?`.....Cuba anda tanya orang cina soalan tu, saya pasti mereka akan ketawakan anda, macam ni lah, saya syorkan anda beli buku `BERANI GAGAL` dan fahami apa yang tersirat di dalam buku tersebut.............

Jumpa lagi.......

Ps : Cuba anda perhatikan gambar dibawah dan tanya pada diri anda Nak Ternak Cacing ke Nak Buat Rumah ?











Nota : Penternak yang menggunakan sistem seperti di dalam gambar di atas mengeluarkan 1tan biomas seminggu.......



3 comments:

SULAIMAN SABIKAN said...

PRINSIP ASAS penternakan cacing sekali pun perkara2 lain yang mahu dilakukan hendaklah sejauhnya difahami oleh sesiapa sahaja yang mahu melaksanakannya. Tanpanya, agak kelam untuk menyesuaikan diri dengan apa yang mahu dilakukan.

Bagi saya, benar situasi yang dinyatakan ini. Ia timbul akibat pemahaman prinsip asas yang masih dipermukaan.

Selain itu, pelbagai lagi isu yang langsung dan tidak langsung, mempengaruhinya.

Lantaran itu, pertingkatkan diri dan perbaikinya berterusan dan konsisten. Termasuk saya.

Selamat Maju Jaya untuk saudara dan semua yang terlibat dan berminat dengan penternakan cacing.

SULAIMAN SABIKAN said...

Saudara,

Gambar yang mahu dipaparkan, gagal saya lihat.

Boleh dibantu.

Anonymous said...

Salam,

Saya ada stok najis/tinja kambing yang banyak. Sekarang tak tau nak buat apa dengan stok najis/tinja yang banyak tu.

Apa kata saya jual murah-murah pada pengusaha ternakan cacing. Atau kita tukar suka sama suka tinja kambing dengan cacing.

Hubungi saya jika berminat untuk berurusan. Sebab saya nampak prospek penternakan cacing ni suatu yang cerah!!

Salam,
Ali 012 6928884