Monday, February 25, 2008

Nak Ternak Cacing ke Nak Buat Rumah ?



Hampir 90% yang datang ke tempat penternakan risaukan tentang bagaimana untuk menyediakan Rumah Cacing...Nak buat cara rak atau kolah, kos pembinaan, kos kelengkapan, kos itu dan kos ini...dan akhir sekali baru dia fikir tentang kos cacing. Sedangkan faktor utama adalah cacing....Itu sebabnya saya tanya " Nak Ternak Cacing ke Nak Buat Rumah ? "

Masyarakat kita sudah terlalu dimanjakan, tiada semangat `survivor`, kalau nak buat kena cantik-cantik...hasilnya fikir kemudian. Sebenarnya matlamat utama menternak cacing adalah untuk menghasilkan biomas (cacing) dan kompos, dalam apa bekaspun cacing boleh hidup asalkan menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.....Apa kriterianya ?...kalau nak tahu, rajin-rajinlah mencari ilmu kerana ilmu tidak datang menggolek kepada anda...Jangan Manja Sangat kerana kalau makan asyik bersuap , kita tak ubah seperti `Ayam Bodoh` atau `Lembu Feedlot`.

Satu lagi soalan cepumas - `Bila saya dah ternak, saya nak jual kat mana ?`.....Cuba anda tanya orang cina soalan tu, saya pasti mereka akan ketawakan anda, macam ni lah, saya syorkan anda beli buku `BERANI GAGAL` dan fahami apa yang tersirat di dalam buku tersebut.............

Jumpa lagi.......

Ps : Cuba anda perhatikan gambar dibawah dan tanya pada diri anda Nak Ternak Cacing ke Nak Buat Rumah ?











Nota : Penternak yang menggunakan sistem seperti di dalam gambar di atas mengeluarkan 1tan biomas seminggu.......



Friday, February 8, 2008

KAMI BUKAN ALONG..KAMI CUMA NAK TOLONG

Ramai yang menghubungi atau membuat lawatan ke tapak projek mempunyai persoalan yang sama - " Kos untuk memulakan penternakan ".Bila dengar sahaja kos untuk cacing adalah RM450/kg ada yang muka dah mula `satu macam je`.Takkan sampai begitu sekali mahalnya?....Biasa la benda baru, demand tinggi tapi supply cacing kurang....Cuma apa yang boleh saya katakan....walaupun kos mulanya mahal tapi dalam jangkamasa panjang ianya sangat berbaloi....alah apalah salahnya untuk `ikat perut` sikit untuk 6 bulan.

Sebenarnya banyak kos `Rumah Cacing`yang boleh dijimatkan kalau kita pandai, tak perlu pun buat dengan kos yang tinggi, yang penting ternakan cacing kita tu ada tempat selamat untuk membiak dan bersesuaian dengan keperluannya.

Kami bermula dengan pelbagai dugaan dan rintangan yang bertimpa-timpa, malah kami hampir sahaja berputus-asa, tapi berkat kesabaran kami mula merasa hasil titik peluh yang kami curahkan.Maka atas dasar untuk membantu penternak dan bakal penternak, pihak kami telah melancarkan 'SKIM USAHAWAN CACING TANAH`

'SKIM USAHAWAN CACING TANAH`

Skim 1 - Bantuan Elaun Bulanan ( SBEB) RM200/Bln

Syarat - 1. Pembelian Benih Cacing minima 10kg
2. Harga RM400/Kg

Nota : Pemberian elaun bulanan adalah untuk tempoh 5tahun bergantung kepada
keuntungan syarikat.

Skim 2 - Ansuran Tanpa Faedah

Syarat - 1. Pembelian Benih Cacing minima 10kg
2. Harga RM450/Kg

Nota : Penternak perlu membayar RM2000 untuk pembelian 10kg dan baki RM2500
boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 12 bulan


Harga untuk kuantiti kurang dari 10kg ialah RM450/kg


Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

En.Samsudin Osman
013-3437628
Pengurus
Park Chu Bes Niaga
Desa Putra,Kajang
Selangor

Monday, February 4, 2008

Apa Lagi Alasan Kita ?

Lima(5)video dibawah menunjukkan betapa penternakan cacing bukanlah suatu bidang yang remeh dan membuktikan bahawa industri ini begitu mendatangkan hasil yang lumayan. Cuba anda lihat teknologi pengasingan vermikompos yang digunakan, semuanya secara hightech.

Penternak cacing diluar negara begitu serius mengusahakan bidang ini memandangkan ianya suatu industri yang berdaya maju dan pasti memberikan pulangan lumayan.Jadi satu persoalan daripada saya - "APA LAGI ALASAN KITA ?"

Worm Farm

Worm Man

Worm Power - Worm Castings Fertilizer

Worm Power

Gambar Ternakan Cacing

Saturday, February 2, 2008

Produk Berasaskan Ekstrak Cacing L.Rubellus

Ada yang bertanya di ruangan forum, kalau berlaku lambakan stok cacing..apa yang akan terjadi kepada penternak?..nak makan tak lalu. Untuk persoalan ini apa yang bole saya katakan adalah - Jadilah penternak atau usahawan yang berdaya kreatif..jangan hanya memandang atau fokus pada satu produk sahaja.

Cacing merupakan sumber protein yang cukup tinggi - 60-70%, jadi apa gunanya sumber protein ini? Ya, kalau rasa berselera untuk makan, silakan.Sebenarnya protein cacing boleh digunakan sebagai supplement untuk haiwan ternakan - ayam, kambing, lembu atau ikan...kan lebih baik daripada menggunakan sumber protein daripada b@b# atau k$nz!r tu...

Ektrak cacing juga teah digunakan sebagai bahan asas untuk ubat-ubatan, mungkin di Malaysia belum lagi dipasarkan tapi di Indonesia telah mendapat sambutan yang hangat.Namun sebenarnya kalau kita ternak apa sahajapun mestilah mempunyai daya kreatif untuk mempebagaikan hasilnya.

Produk Kesihatan daripada cacing dipasaran :