Saya baru sahaja ber ura-ura nak beli buku penternakan cacing yang agak hangat dipasaran sekarang, tapi timbul pulak cerita/khabar angin (fitnah?) yang mengatakan bahawa isi kandungan buku tersebut di plagiat daripada buku indon....sebijik kata yang bawak berita, cuma diterjemahkan aje...... langsung terbantut niat saya nak dapatkan buku tersebut.
Belum lagi hilang 'kempunan'.....saya dengar pulak yang buku indon tersebut (yang diplagiat oleh penulis diMalaysia) sebenarnya mengandungi FAKTA dan TEORI tentang penternakan cacing yang totally SALAH...haru-haru, nanya la kalau macam tu, kita belajar ilmu sesat...patutlah ada yang telah menternak berbulan-bulan cacingnya bukan bertambah tapi semakin berkurang.........
Kalau tak silap buku indon tersebut bertajuk - "SUKSES BETERNAK CACING TANAH LUMBRICUS RUBELLUS" Penulis RONY PALUNGKUN.....Hal ini diberitahu kepada saya oleh RAJA CACING TANAH SELURUH INDONESIA - Bpk Bambang Sudiarto.....
Wednesday, October 22, 2008
Betul ke?
Posted by VermHunter at 5:57 PM 0 comments
Yang Auta Dan Yang Fakta
1. Makanan Cacing
Auta - Tinja kambing dan lembu....yang lain tak sesuai atau langsung tak boleh
Fakta - Apa sahaja bahan yang berunsur organik (berasal daripada tumbuhan) adalah sesuai....najis ayam, arnab, daun,rumput sesuai dijadikan makanan TETAPI perlu melalui proses fermentasi
2. Sumber bahan makanan
Auta - Kos penyediaan tinggi, semuanya perlu dibeli -harga tinja dan habuk kayu semakin meningkat....kos penternak semakin meningkat
Fakta - Kenapa perlu dibeli?..tak ada tinja gunakan sumber lain...tak ada habuk kayu gunakan sumber yang lain, kenapa hanya bergantung kepada bahan-bahan tersebut?
3. Kenapa menternak cacing ?
Auta - Hanya untuk jual cacing dan vermikompos
Fakta - Sebenarnya lebih daripada itu, sekiranya anda tahu...pastinya anda akan menambah stok cacing yang ada (RAHSIA BESAR TUUUU)
4. Masa depan penternakan cacing
Auta - Tak de masa depan, ramai yang sudah tutup/ bungkus..tak mahu nlagi menternak cacing sebab takde untung
Fakta - Itu hanyalah PROPAGANDA beberapa pihak yang sedang merancang untuk menguasai pasaran, semakin ramai yang hilang minat maka semakin kurang persaingan...
5. Asal cacing L.Rubellus
Auta - Australia
Fakta - Indonesia
Posted by VermHunter at 5:39 PM 2 comments