Monday, August 18, 2008

SIJIL KEMAHIRAN DALAM BIDANG PERTANIAN DAN AKUAKULTUR

Peluang untuk para belia mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian dan akuakultur kini terbuka dengan peluang yang diberikan oleh INSTITUT SKILL-TECH. Beroperasi di Durian Tunggal Melaka, INSTITUT SKILL-TECH menawarkan pelbagai kursus jangka pendek(1tahun) antaranya :


1. Senibina Lanskap
2. Penyeliaan Ladang
3. Pemprosesan Makanan
4. Perikanan - Akuakultur

Senarai lengkap kursus sila layari http://institutskilltech.com/.Kursus ini adalah dibawah pembiayaan kerajaan sepenuhnya, peserta cuma perlu membayar RM450 untuk pendaftaran, yuran peperiksaan dan kelengkapan pakaian.


Syarat Kemasukan :

1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputra
2. Pendapatan ibu-bapa TIDAK MELEBIHI RM3000/Bulan
3. Berumur antara 18-30 tahun
4. Tamat Pengajian Tingkatan 5
5. Sihat Tubuh Badan
6. Berminat dengan bidang yang dipohon

Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan borang permohonan dengan menghantar emel (sertakan nama dan alamat lengkap) ke ownbizz@hotmail.com


Saturday, August 2, 2008

Berhati-hati Sebelum Memulakan Penternakan - Kisah Monyet Dan Pisang

Saya setuju, memang perlu berhati-hati dalam memilih perniagaan/penternakan yang bakal kita jalankan. Bagi saya, semua usaha memiliki sisi positif dan negatif. Mungkin untuk masa ini penternakan cacing belum begitu menjanjikan......(ramai yang masih blurrrr)

Saya teringat tentang satu eksperimen yang menggunakan momyet sebagai bahan ujikaji. Para penyelidik menempatkan 5 ekor monyet dalam satu ruangan yang terdapat tangga yang dihujungnya diletakkan 1 tandan pisang. Ketika salah seekor daripada monyet tersebut memanjat tangga untuk mengambil pisang, para penyelidik menyiram monyet tersebut dengan air sejuk. Akibatnya, ketika ada monyet lain yang mencuba memanjat tangga tersebut, monyet yang lain beramai-ramai melarangnya. Dan akhirnya tidak ada yang berani memanjat.

Para penyelidik itu kemudian mengeluarkan monyet yang disiram air sejuk tadi dan memasukkan monyet baru. Demi melihat pisang di atas tangga, si monyet baru itu pun berusaha menaiki tangga. Namun gagal karena dilarang oleh monyet2 yang lama. Akhirnya si monyet baru itu tidak jadi memanjat, meski tidak kenapa dilarang. Lalu para penyelidik itu pun mengganti 4 monyet yang lama dengan yang baru. Sama seperti kejadian awal, monyet2 baru tertarik oleh pisang tsb. Namun monyet yang satu itu melarang kerana menurut pengalaman monyet sebelumnya tidak boleh. Akhirnya semua monyet itu tidak ada yang memanjat sama sekali dengan alasan yang tidak mereka tahu.....

Maksudnya - "Jangan pernah takut untk berusaha, apalagi hanya kerana ketakutan yang tidak beralasan, atau kerana kata orang lain. Usaha apapun pasti memiliki risiko dan prospeknya sendiri. Biarlah pengalaman itu yang mengajarkan kita."