Wednesday, January 23, 2008

KURSUS - Macam Bagus!!!

Ramai antara penternak baru yang memulakan penternakan cacing memfokuskan matlamat mereka untuk tujuan biomass (daging cacing)..yang bernilai pasaran antara RM60-RM100 untuk setiap kg. Dengan anggaran 20-100 kg hasil untuk tempoh 6bulan, para penternak mula mencongak pendapatan kasar antara RM12ribu - RM60ribu untuk 10kolah. Tapi persoalannya tercapaikah apa yang diimpikan?
Setiap penganjur kursus `kebiasaannya` akan menggambarkan hanya yang baik dan mudah sahaja, keburukan dan kesusahan yang akan dihadapi oleh penternak tidak di`highlight`kan...takut nanti peserta hilang semangat untuk memulakan penternakan, maka hilanglah sumber `RM` mereka kerana penganjur juga menjual cacing kepada peserta yang mahu memulakan penternakan.Penganjur yang tidak bertanggungjawab pula tidak mengenalpasti spesis cacing yang mereka jual..hantam saja lah, kan cacing juga.
Sebuah syarikat yang menganjurkan kursus memulakan yuran kursus dengan RM450, kemudiannya dinaikkan ke RM750 dan dengar-dengar dinaikkan lagi ke RM1000 pula untuk kursus yang akan datang...Untung besar tu !!!!, mewajibkan peserta yang mahu memulakan penternakan untuk mengambil benih/induk cacing minima 10kg dengan harga RM500/kg...walaupun hanya membeli balik cacing pada harga RM60/kg daripada penternak terdahulu.....Untung besar lagi!!!!. Ada juga penganjur yang membuat kursus tapi bila peserta ingin membeli benih/induk cacing, mereka sendiripun takde..apa punya turrrr da?Kalau sendiripun takde cacing tak payahlah anjurkan kursus..buat sendiri dulu, baru tahu...jangan jual teori sahaja...praktikal yang penting.

Saturday, January 5, 2008

Isu Spesis dan Induk Cacing

Ada antara rakan-rakan bakal penternak yang agak keliru antara cacing spesis Lumcricus Rubellus(Merah) dan Eisenia Fetida(Harimau/tiger).Ini kerana kedua-duanya adalah daripada keluarga yang sama, iaitu Lumbricidae dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama kecuali saiz Eisenia Fetida yang lebih besar dan belangnya yang lebih jelas.

Rujukan Wikipedia :

1. Eisenia fetida (Harimau/tiger)

2. Lumbricus rubellus (Merah)

Masalah juga dihadapi oleh penjual induk cacing, dimana ada antara mereka yang tidak dapat membezakan antara keduanya..maka berlakulah penjualan induk cacing yang bercampur. Malah ada juga penternak/penjual yang tidak tahu spesis cacing mereka sendiri...sampaikan mereka menjual spesis Perionyx excavatus tetapi mengatakan yang ianya Rubellus.

Terdapat juga penjual induk yang sebenarnya tidak tahu apakah kategori cacing yang di katakan induk...kalau tak percaya, cuba tanya mereka...cacing yang macamana yang dikatakan `Induk Cacing`....mereka biasanya akan menjual sahaja cacing mereka tanpa mengira adakah ianya sudah mencapai tahap `induk` yang sebenarnya......kesian kepada penternak baru...

Untuk penternak yang ingin menjual induk seharusnya mereka tahu dengan yakin akan spesis cacing mereka dan tahu dengan pasti, apakah cacing mereka telah mencapai taraf `induk` sebelum menjual kepada penternak-penternak baru..........

Thursday, December 27, 2007

Kursus Penternakan Cacing.....

Demam menternak cacing sudah bermula, walaupun baru suam-suam kuku. Sekarang boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja syarikat yang menganjurkan kursus. ArtSoulist Agrotech (ASAS),AZR Agrotech,ESI Agrotech dan yang terbaru DAGI Agrotech.Ya, alhamdulillah sekarang bakal-bakal penternak mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan ilmu dan peluang-peluang pemasaran.

Namun satu perkara yang paling penting yang mesti ditanya oleh bakal peserta kursus adalah - `ADAKAH PENGANJUR KURSUS BENAR-BENAR TAHU APA YANG MEREKA SAMPAIKAN` atau semata-mata ingin mengaut keuntungan atas yuran peserta ?Bayaran yang dikenakan adalah antara RM450.00 - RM700.00/peserta.

Bukannya apa, daripada pengalaman beberapa rakan yang telah mengikuti kursus dengan sebuah syarikat yang boleh dikatakan agak `GAH` dengan produk berasaskan `Hirudin` semuanya hanya indah khabar dari rupa...Mana tidaknya, kalau spesis cacingpun tak kenal macamana nak turunkan ilmu..akhirnya peserta seolah-oleh ikut ajaran sesat...Mungkin mereka dah berguru dengan Ayah Pin Kot?....Ikut resmi ParkMan, walaupun berilmu..masih merendah diri.....