Monday, February 4, 2008
Saturday, February 2, 2008
Produk Berasaskan Ekstrak Cacing L.Rubellus
Ada yang bertanya di ruangan forum, kalau berlaku lambakan stok cacing..apa yang akan terjadi kepada penternak?..nak makan tak lalu. Untuk persoalan ini apa yang bole saya katakan adalah - Jadilah penternak atau usahawan yang berdaya kreatif..jangan hanya memandang atau fokus pada satu produk sahaja.
Cacing merupakan sumber protein yang cukup tinggi - 60-70%, jadi apa gunanya sumber protein ini? Ya, kalau rasa berselera untuk makan, silakan.Sebenarnya protein cacing boleh digunakan sebagai supplement untuk haiwan ternakan - ayam, kambing, lembu atau ikan...kan lebih baik daripada menggunakan sumber protein daripada b@b# atau k$nz!r tu...
Ektrak cacing juga teah digunakan sebagai bahan asas untuk ubat-ubatan, mungkin di Malaysia belum lagi dipasarkan tapi di Indonesia telah mendapat sambutan yang hangat.Namun sebenarnya kalau kita ternak apa sahajapun mestilah mempunyai daya kreatif untuk mempebagaikan hasilnya.
Produk Kesihatan daripada cacing dipasaran :


Posted by VermHunter at 4:56 PM 0 comments
Thursday, January 24, 2008
Lambakan Stok Cacing ?
Walaupun ada syarikat yang kononnya akan mengeluarkan produk berasaskan cacing ini di Malaysia, namun janganlah kita sebagai penternak terlalu nergantung kepada matlamat tersebut. Kita seharusnya melihat potensi cacing ini lebih kepada pengeluaran `VERMICOMPOST`, memang harganya agak murah sekiranya kita menjual kepada orang tengah tetapi saya rasa ianya berbaloi. contohnya untuk pengeluaran 1tan vermikompos sebulan, penternak akan memperolehi antara RM600-700.Kalau punyai kemampuan buatlah marketing sendiri untuk hasil pendapatan yang lebih lumayan.
Posted by VermHunter at 3:12 PM 0 comments


